Bila sebut masalah susu sikit, salah satu cara yang digalakkan untuk memperbanyakkan susu ibu adalah power-pumping..
Tapi bagaimana nak buat power-pumping?
Dari bacaan saya, saya telah menemui 2 teknik power-pumping yang boleh dilakukan..
Teknik 1 (sumber: http://www.lowmilksupply.org/powerpumping.shtml)
- Setkan pam anda di lokasi yang selesa, anda boleh lakukannya sambil berdiri ataupun duduk. Sebaiknya letak di lokasi yang anda kerap lalui sewaktu membuat kerja rumah.
- Setiap kali anda lalu di pam, anda berhenti untuk mengepam selama 5 ke 10 minit sahaja. Atau berhenti apabila anda rasa tidak selesa. Anda boleh mengepam setiap 45 minit, lebih kerap daripada itu tidak akan mendatangkan hasil.
- Anda tidak perlu menyimpan atau membersihkan kit mengepam setiap kali sesi mengepam.. Anda boleh biarkannya di situ (pastikan ianya bertutup supaya tidak dihinggapi lalat, semut etc..) antara 3-4 jam.. Selepas itu, simpan susu yang telah dikumpulkan dalam peti ais, basuh kit mengepam dan pasang semula untuk meneruskan sesi power pump yang berikutnya.
- Pam sekurang-kurangnya 10 kali sehari (sesi 5 – 10 minit ini ya).
- Cuba dapatkn tidur pd waktu tengahhari atau tidur malam tanpa gangguan 4-6 jam setiap hari. Anda tidak perlu bangun semata-mata nak mengepam kecuali jika bayi bangun menyusu malam, pam sekali sebelum anda tidur.
Teknik 2 (sumber: http://www.mobimotherhood.org/MM/article-lms.aspx)
- Untuk penggunaan double pam, pam 10 minit, rehat 10 minit, dan ulang untuk 1 jam.
- Untuk penggunaan single pump, pam 10 minit breast kiri, kemudian 10 minit breast kanan, dan ulang lagi breast kiri, kanan selama 1 jam.
- Lakukan ini selepas anda menyusukan bayi hingga kenyang, jadi tidak akan timbul isu bayi nak menyusu sewaktu anda sedang mengepam.
- Buat teknik ini 1 kali setiap hari.
- Biasanya hasil akan dapat dilihat selepas tempoh 1-2 minggu. Jadi anda perlu bersabar.
Power pumping tidak akan memberikan hasil serta merta dan 3 jam power pumping boleh membuatkan badan anda stress. bila stress makin kuranglah susu ya..
Teknik 1 sesuai dilakukan pada hari cuti dan teknik 2 boleh dilakukan pada bila2 masa.
Selamat berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan