Nak tajuk apa?

My Breastfeeding Journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Rabu, 9 Mei 2012

Mama sayang Kalian..

Geram bercampur marah bila malam ni tengaok berita kat tv3 n tv9 pasal pompuan yang tak sayang anak tu..huh..yang merakam pun sama..mana perginya belas kasihan n sifat keibuan pompuan tu agaknya..tapi tu lah hukuman yang diberikan rasanya tidak setimpal dengan perilaku pompuan tu kan..

Dunia tanpa anak-anak..
Saya pernah merasakan kesunyian ini..hampir 3 tahun kami menunggu kehadiran seorang anak..SUNYI..SEPI..dan sering juga soalan ini terniang2 di telinga.."aik berdua je..bila nak bertiga"..dalam hati Allah sahaja yang tahu apa jawapan saya...

Dunia bersama-sama anak-anak..
Bahagiannya tidak terhingga..walaupun sakit melahirkan mereka tetapi kesakitan itu hilang bila melihat wajah mereka..

SAYANGILAH ANAK ANDA..bersyukurlah anda masih berpeluang mempunyai anak..berbanding mereka yang masih menunggu untuk bergelar IBU BAPA...

Anak merupakah anugerah Allah..Anak Ibarat kain putih..kitalah yang mencorakkannya..

Zara...Zawir..Mama sayang Kalian..


Entry malam ni tiada kaitan denga suppliment shaklee ye...MODE: Masa utk Family..

Saya kongsikan juga entry ini..

Doa untuk anak

Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak.  

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. Setiap ibubapa pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Nah, gunakan kemuliaan yang Allah kurniakan ini untuk berdoa untuk anak-anak.

Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk anak-anak.

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"
Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menajdi orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"

Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."

Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."   


Doa-doa lain;
Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah:
Surah Taha ayat 1 - 5

Doa memohon rahmat
Surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Doa anak lembut hati
Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200

Doa mohon zuriat yang baik 
surah Ali-Imran (ayat 38)

Selagi kita belum menutup mata, selagi itulah kita harus berdoa untuk anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu, doa juga menjadi  penyebab kejayaan anak-anak. Semua orang tahu, anak adalah amanah dari Allah, kita akan ditanya diakhirat nanti tentang tanggungjawab kita dalam membesarkan anak-anak.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan