Nak tajuk apa?

My Breastfeeding Journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Khamis, 22 Disember 2011

Jika ibu Hamil, penyusuan susu ibu harus diberhentikan?

Seseorang ibu boleh terus menyusui anaknya walaupun sedang hamil. Ramai ibu yang takut untuk meneruskan penyusuan kerana bimbang kesihatan bayi dalam kandungan terjejas. Sebenarnya apabila penyusuan berlaku rahim ibu akan mengalami pengecutan, akan tetapi pengecutan itu ialah pengecutan yang normal berlaku semasa hamil.

Namun dalam beberapa keadaan tertentu, seperti ibu yan melahirkan anak tidak cukup bulan atau mempunyai masalah kesihatan yang lain, ibu haruslah berhati2 utk meneruskan penyusuan.

Penyusuan semasa hamil boleh menjadi tidak selesa kerana puting ibu akan berasa sakit disebabkan perubahan hormon.Ibu juga akan merasa penat. Tidak salah jika ibu berhenti menyusui anaknya apabila hamil jika anak sudah berusia lebih dua tahun.

Anggapan yang menyatakan bahawa ibu yang menyusui anaknya akan menyebabkan bayi dalam kandungan tak cukup susu adalah tidak benar kerana penghasilan susu tidak akan terjejas dan bayi yang bakal lahir nanti akan mendapat kualiti susu ibu yang sama seperti kakak atau abangnya..

untuk anak mama...petikan daripada ' 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan