Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu.Hal ini melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimana melakukan Power Pumping ?
Untuk Single pump – pam payudara kanan dulu 10 minit, kemudian pam payudara kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama satu jam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah payudara serentak selama 10 minit, rehat/ berhenti pam 10 minit, sambung semula pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama satu jam.
Ibu-bu disarankan melakukan power pumping ini sekali sehari, seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh, kerana hormon susu sangat tinggi pada waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Ibu-ibu jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya satu minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insya-Allah dipermudahkan oleh-Nya…amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan