1) Susu ibu lebih mudah dihadamkan.
2) Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia. Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!
3) Susu ibu menjimatkan kos & masa. Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad. Dengan susu ibu, tiada masalah! Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh
4) Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara. Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002). So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda
5) Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus. Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).
6) Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!
7) Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.
8) Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu! Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari! Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol.
9) Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!
10) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi. Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini
11) Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus. Penyakit ini sangat kronik. Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus. Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.
12) Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan