Nak tajuk apa?

My Breastfeeding Journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Isnin, 6 Februari 2012

Ceritera Penyusuanku.......

Lamanya entry ni terperuk..maklumlah..bz...huhuhu...


18/02/12 ni genaplah sudah usia zawir 7 bulan. Syukur  alhamdulillah saya panjatkan kerana hasrat saya ingin menyusukan Muhammad Zawir Afran secara ekslusif selama 6 bulan tercapai...Teringat lagi semasa mendapat perkhabaran apabila hamilkan Zawir. Masa tu saya masih lagi menyusukan Zara Nur Adelia yang berusia empat bulan..Allah nak bagi Zara adik jadi saya dan suami terima dengan hati terbuka..Masa tu saya dah pasang niat nak susukan zawir hingga dia dua tahun. Moga niat saya ni tercapai.. Masa zara dulu saya tak dapat fully breastfeed dia..jadi untuk adiknya saya akan usaha hingga berjaya..


Mengimbas kembali tanggal 18/07/11 Zawir lahir- hari pertama Zawir saya susukan..masa tu lepas Zawir lahir kira2 sejam selepas kelahiran..saya tunggu je nurse nak bagi Zawir kat saya..Saya ada terbaca jika lepas kita melahirkan, kita kena cepat2 menyusukan bayi supaya rangsangan hisapan bayi sampai ke otak dan mencetuskan demand agar susu dihasilkan...Konsep asas penyusuan ialah supply Vs Demand..saya pegang konsep itu hingga kini..

Semasa dalam wad nurse akan ambil darah Zawir kat kaki sebab masa saya mengandungkan Zawir saya ada GDM ( Kencing Manis) sebab suka sangat minum teh tarik..Nurse nasihatkan saya supaya bagi Zawir susu setiap 1 jam semasa dalam wad agar Zawir cukup susu n tak de tanda2 terlebih gula atau apa2..risau juga saya masa tu..yelah baby belum 24 jam lagi dah kena ambil darah untuk buat BSP (Blood Sugar Profile). Alhamdulillah setelah di monitor BSP Zawir dia ok..tak de ape2..syukur sangat..


Hari ke 2, saya bawa Zawir balik ke seremban untuk berpantang di sana..esoknya Zawir demam..sekali lagi saya risau kerana masa zara dulu pun mcm tu juga..Niat di hati nak jaga Zawir kat hospital terkubur bila saya demam bengkak susu..susu tak leh nak kuar..pengalaman yang memang tak leh saya lupa..sakitnya Tuhan je yang tau..jadi saya akan bekalkan susu untuk Zawir yang dihantar oleh suami..masa tu susu setiap kali pam saya akan dapat 4 oz kiri kanan..alhamdulillah..rezeki zawir..masa zara dulu nak dapatkan 4oz tu bercinta..

Apabila zawir kuar hospital saya masih pam juga sebab kalau tak pam basah baju dibuatnya..jadi saya fikir juga..bolehlah kumpul nak buat stok untuk bagi kepada pengasuh..masa tu umur zawir 2 minggu kot saya dah start pam..saya pam 3 kali sehari..pagi, tengahari n sebelum tidur..selebihnya zawir akan breasfeed..saya juga amalkan minum air banyak..ada orang kata dalam pantang tak elok minum air banyak..saya minum je...sangat haus rasanya..saya pantang..pantang betul..selama 40 hari..sekarang ni pun zawir dah nk dekat 7 bulan saya masih pantang lagi..


Saya elakkan minuman bergas, berkafein dan ais..saya juga mengamalkan suplemen SHAKLEE untuk memastikan badan sentiasa sihat untuk menjayakan penyusuan Zawir..Bercerita tentang shaklee ni..ramai yang kata ni ubat tambah susu ke?sebenarnya bukan makan shaklee susu terus banyak..tidak..kena amalkan berpanjangan baru nampak hasilnya..namanya pun makanan tambahan kan...saya terus jatuh cinta dengan produk ini kerana susu menjadi lebih pekat dan saya jarang demam..syukur,saya dah jadi distributor pun sekarang...nak order leh le dengan saya..haha..

Zawir memang kuat menyusu..bayangkanlah dalam pantang sejam sekali dia nak menyusu..letih badan kalau tak betul2..jadi saya tak pernah tinggal makan suplemen..kira bertenagalah..

Tanpa sokongan suami, keluarga, pengasuh dan kawan2 impian untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif ini mungkin tidak berjaya..Terima kasih semua..



Untuk suami tersayangku..tq abang..sanggup layankan je karenah sayang..nak nursing wear lah..nak beli barang2 penyusuan lah...sanggup kluar kedai masuk kedai cari deep freezer..

Buat pengasuh saya..Pn Siti Maryam-jasa akak akan saya kenang sampai bila2..teringat lagi bila ada kawan cerita pengasuhnya malas untuk sediakan EBM. Alhamdulillah kak siti tak putus asa n sanggup belajar demi memastikan zawir dapat menyusu dengan susu ibu..

Buat keluarga-terima kasih kerana beri sokongan kat kedai susu ( ayah bagi nama ni )..tak pernah pun nak sekat hasrat saya..bagi tumpang guna freezer letak EBM zawir yang dah tak muat kat umah ni..

Kawan2 pula terima kasih, galakkan..sokongan n nasihat...



Sepanjang 6 bulan ni bukanlah satu perkara yang senang untuk menjayakan penyusuan..yelah kena berkorban masa terutamanya..korbankan masa tido..buat power pumping..penat memang penat...tapi semua itu berbaloi bila melihat zawir membesar dengan sihat..jarang demam..kalau demampun sekejap je dah baik..


Ibu-ibu di luar sana marilah sama2 kita menjayakan penyusuan secara ekslusif kerana susu ibu itu tiada taranya..kepada rakan2 seperjuangan..doa saya moga kita sama2 berjaya...

Nursing wearku..


Mari baca...


  1. Stok susu Zawir 1540oz..
  2. Petua Banyakkan susu
  3. Doa Tambah Susu
  4. Power Pumping
  5. Saya Suka Susu Mama
  6. Zara Zawir



Tiada ulasan:

Catat Ulasan